Thursday, October 7, 2010

TABUNG PEMBANGUNAN PENGANGKUTAN AWAM (TPPA)

Definisi TPPA
      TPPA merupakan dana khusus pembiayaan pinjaman kepada pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam bas dan teksi yang dilesenkan di bawah Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) bagi tujuan pembelian kenderaan dan peningkatan kualiti perkhidmatan. Ia meliputi pengusaha individu dan syarikat/koperasi/firma.

Objektif Program
       Objektif program ini adalah untuk menyediakan satu kemudahan pembiayaan khusus kepada pengusaha-pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam bas komersil dan teksi di seluruh Malaysia dengan syarat-syarat yang lebih fleksibel dan kadar bayaran balik yang kompetitif.
       Justeru,menggalakkan pertumbuhan ekonomi di dalam industri kenderaan pengangkutan awam dan perusahaan yang berkaitan dengannya di samping menyumbang ke atas pembangunan sosio-ekonomi negara dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam negara.
       Selain itu, membantu usahawan perkhidmatan pengangkutan awam bas dan teksi mengingkatkan daya saing dan kualiti perkhidmatan yang tinggi.

No comments:

Post a Comment