Thursday, October 7, 2010

PENGANGKUTAN REL DI MALAYSIA

Pengangkutan rel di Malaysia ialah satu daripada aspek utama bagi rangkaian pengangkutan Malaysia.Pengangkutan rel bermula pada tahun 1885 dengan pembukaan aliran keretapi yang pertama di antara Taiping dengan Port Weld (sekarang Kuala Sepetang).[1] Kini, pengangkutan rel ini yang terdiri daripada rel berat (termasuklah rel kelajuan tinggi), transit aliran ringan (LRT), monorail dan aliran landasan funicular. Rel berat yang sebanyaknya digunakan untuk pengangkutan penumpang antarabandar dan muatan dan pengangkutan awam, manakala LRT digunakan untuk pengangkutan dalam bandar dan penggunaan khas seperti pengangkutan di antara bangunan lapangan terbang. Terdapat aliran landasan kelajuan tinggi dengan dua perkhidmatan tren kelajuan tinggi di antara Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Satu aliran monorail juga digunakan untuk pengangkutan awam di Kuala Lumpur manakala aliran landasan funicular adalah di Penang.

         Rangkaian landasan keretapi meliputi semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Negeri Terengganu. Bagi Negeri Melaka landasan keretapi memasuki sejauh 32 kilometer di bahagian utara negeri ini dalam daerah Alor Gajah dan Jasin. Antara stesen yang terdapat dalam Negeri Melaka ialah Batang Melaka, Tebong dan Pulau Sebang/Tampin. Ada perancangan dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk memanjangkan lagi landasan keretapi dari Pulau Sebang/Tampin hingga ke Bandaraya Melaka sejauh 30 kilometer dengan menggunakan bekas landasan keretapi yang telah dibongkar ketika pendudukan Jepun.Di Malaysia Timur, negeri Sabah mempunyai landasan keretapi manakala di Sarawak tiada landasan keretapi. Singapura, walaupun bukan bahagian Malaysia, yang diliputi oleh rangkaian landasan keretapi Malaysia.

No comments:

Post a Comment