Wednesday, October 13, 2010

KATA ALU-ALUAN

SEKAPUR SIRIH DARIPADA
pengarang
(ANANTHY SUBRAMANIAM)

 Vanakkam, Selamat sejahtera

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi penyarah KYM, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari Blogspot saya.

Semoga Blogspot ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua kolej dalam arus pendidikan perdana iaitu tentang pengurusan pengangkutan di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di kolej ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan kolej ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di kolej ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi kolej ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai pengetahuan dalam pengurusan pengangkutan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan Blogspot ini.

Friday, October 8, 2010

LAPORAN

TAJUK : Laporan Gejala Ponteng
Disediakan Oleh : Bahagian Pentadbiran
Disampaikan Kepada : Pengarah Eksekutif
Tarikh : 7 Julai 2009
    1. Pengenalan : Laporan ini disediakan berdasarkan kajian yang dibuat ke atas rekod kedatangan 
        sepanjang tahun 2009.
    2. Keseriusan masalah : Sepanjang tahun 2009,berlaku 93 kejadian ponteng kerja yang melibatkan 67
        orang pekerja.Seramai 8 orang pekerja ponteng lebih daripada 1 hari.
    3. Punca-punca masalah : Berikut ialah punca-punca masalah ponteng.Susunan dibuat berdasarkan
        kekerapan.
        3.1 Sakit (40)
        3.2 Urusan peribadi yang mendesak (32)
        3.3 Tidak suka pada tugas (9)
        3.4 Konflik dengan rakan sekerja (11)
    4. Cadangan untuk mengurangkan kerugian daripada masalah ponteng kerja.
        4.1 Memotong kaji hari ponteng jika pesalah tiada alasan yang dibenarkan.
        4.2 Tindakan buang kerja jika pesalah ponteng sebanyak tiga hari. Cadangan ini dilaksanakan mulai
               tahun 2008.Seramai dua orang pekerja telah dikenakan tindakan ini.
    5. Kesimpulan : Langkah-langkah yang diambil mulai Januari 2008 menunjukkan kerugian yang dapat
        dikurangkan.
    Sekian.

    Pegawai bertanggungjawab,
    ANANTHY A/P SUBRAMANIAM
    Pengurus Pentadbiran.
       

Thursday, October 7, 2010

PENGANGKUTAN UDARA

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikenali di seluruh rantau dan iktiraf sebagai salah satu lapangan terbang termoden di dunia. Kemudahan pengangkutan udara juga boleh didapati di lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu, dan di lapangan terbang tempatan di kebanyakan ibu negeri.

      
         Selain itu, KLIA juga mempunyai Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) yang dibina khas untuk syarikat-syarikat pengangkutan udara bertambang rendah, LCCT terletak 20km dari bangunan terminal utama dan pengunjung boleh ke sini dengan menaiki kereta, keretapi ataupun bus.
         
         Penerbangan Malaysia (MAS) merupakan syarikat penerbangan kebangsaan yang menyediakan penerbangan ke pelbagai destinasi di seluruh dunia. Ia menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik di dalam negara. Selain daripada itu, anda juga boleh memilih menggunakan perkhidmatan tambang murah yang disediakan oleh Air Asia ke destinasi-destinasi dalam negara dan juga rantau Asia Tenggara.

PENGANGKUTAN DARAT AWAM

Teksi bandar hikehendaki menggunakan meter seperti yang diperuntukkan undang-undang. Selain itu, terdapat juga teksi van yang memberikan perkhidmatan kepada kumpulan penumpang yang lebih besar dan tambang yang dikenakan biasanya lebih tinggi daripada teksi biasa. Terdapat juga sistem pengangkutan transit ringan (LRT) dan perkhidmatan monorel di dalam bandaraya Kuala Lumpur.
      Perkhidmatan limosin dan teksi boleh didapati daripada lapangan terbang ke hotel-hotel di bandar dan juga tempat-tempat lain. Selain itu, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan 'Express Rail Link' (ERL) daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Stesen Sentral yang terletak berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur

PENGANGKUTAN AIR

Kebanyakan destinasi pulau yang popular seperti Langkawi, Pangkor, Redang dan Tioman dihubungkan dengan tanah besar melalui perkhidmatan feri manakala pulau-pulau yang lebih kecil boleh dihubungkan melalui bot-bot ikan yang boleh disewa.


            Perkhidmatan feri juga disediakan daripada Tanjung Belungkor, Kukup, Desaru, Zon Bebas Cukai Johor Bahru dan Sebana Cove (semua di Johor) ke kepulauan berdekatan di selatan dan dari Butterworth ke Pulau Pinang.

            Selain dari itu, anda juga boleh menikmati pelayaran mewah yang disediakan oleh Star Cruises yang beroperasi di beberapa pelabuhan di Malaysia.

PRAKATA

Terlebih dahulu saya bersyukur dan berterima kasih kepada tuhan kerana tanpa limpah kurnia-Nya saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lengkap dan sempurna.Seterusnya,saya berterima kasih kepada pihak- pihak tertentu yang menolong saya menyiapkan kerja kursus PENGURUSAN PENGANGKUTAN ini.


        Saya berterima kasih kepada pensyarah Bahasa Melayu Pengurusan kerana tanpa bertolongan dan tunjuk ajar beliau saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya mengalami banyak kerumitan dan kesusahan semasa membuat kerja kursus ini.

        Disamping itu, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan sebaya saya yang memberi kerjasama dan membantu untuk menyempurnakan tugasan ini.

Selain itu, saya juga telah mendapat banyak pengetahuan dengan membuat kajian tindakan ini. Disampin itu, saya juga mengetahuai tentang pengurusan pengangkutan.

ISU PENGANGKUTAN AWAM

 Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

        Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.

         Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

         Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

         Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.

         Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.